Thursday 10 November 2011

Bau Hujan yang Khas

Bau hujan turun di musim kemarau sangat khas. Bau khas itu biasanya dikenali sebagai bau tanah basah. Bau tanah basah tidak hanya terjadi akibat hujan. Ketika menyiram tanah kering, kita juga akan mencium bau tanah basah. Jadi, apa sebenarnya bau tanah basah itu?
Asal-usul bau tanah basah itu adalah kerana adanya bakteria yg hidup di tanah. Bakteria tersebut dikenali sebagai Actinomycetes. Bakteria tersebut adalah makhluk hidup yg sangat kecil. Bakteria tidak dapat dilihat melalui mata kasar. Bakteri hanya boleh dilihat dengan mikroskop.
Bakteria hanya hidup jika ada air. Jika tidak ada air, bakteria berubah wujud menjadi spora. Spora merupakan kantung tidur bagi bakteria. Bakteria tidur nyenyak di dalam kantung spora. Bakteri akan bangun atau hidup lagi jika terdapat air. oleh kerana ukuran bakteria sangat kecil, maka  air hujan yang jatuh ke tanah berbentuk titisan bulat. semasa titisan air menimpa tanah, spora bakteria akan merebak ke udara. Sebagian spora itu mengenai hidung manusia. Oleh kerana itu, hidung manusia akan tercium bau khas hujan. Itulah bau tanah basah. Jadi bau tanah basah sebenarnya adalah bau bakteria Actinomycetes.



No comments:

Post a Comment