Definisi
-Pencernaan ialah proses memecahkan molekul makanan kompleks ke unit yang paling ringkas.-Melalui tindakan mekanikal dan kimia supaya ia dapat diserap oleh tubuh.
SISTEM PENCERNAAN
-Sistem pencernaan pada manusia terdiri daripada bebrapa organ dan dimulai dengan:
1. Rongga Mulut.
- Mulut merupakan organ pertama yang akan dilalui oleh makanan.-Sebenarnya,pada rongga mulut terdapat alat pencernaan dan kelenjar pencernaan yang dapat membantu pencernaan makanan.
- Kita semua mengetahui bahawa dalam mulut kita terdapat gigi,lidah dan kelenjar ludah.
- Ketiga-tiga inilah yang akan membantu kita menghancurkan makanan apabila masuk kedalam mulut.
- Bagi kelenjar ludah sebenarnya manusia memiliki tiga jenis kelenjar ludah
- Ketiga-tiga kelenjar ludah itu menghasilkan sekitar 1 sehingga 2.5 liter air ludah.
- Kandungan ludah pada manusia ialah :
- Air,mucus,enzim amilase, dan zat antibakteria.
-Fungsi ludah ialah untuk melumasi rongga mulut serta mencerna karbohidrat menjadidisakarida.
2. Esofagus
- Merupakan saluran yang menghubungkan antara mulut dengan lambung.- Selepas kita mengunyah kemudian kita akan menelan makanan tersebut dan makanan itu akan melalui esofagus dahulu.
- Oleh itu esofagus ini berfungsi menyalurkan makanan kita ke lambung.
- Agar makanan dapat berjalan sepanjang esophagus, terdapat gerakan peristaltik sehingga makanan dapat berjalan menuju lambung.
3. Lambung
- Lambung adalah kelanjutan dari esophagus, berbentuk seperti kantung.- Menghasilkan getah lambung yang berisi air,HCI,ion-ion,enzim pepsin,inorganik,renin dan hormon gastrin.
- Fungsi HCI lambung ialah:
1.Merangsang keluarnya sekretin.
2.Mengaktifkan pepsinogen menjadi pepsin untuk memecah protein.
3.Desinfektan
4.Merangsang keluarnya horman kolesistokini yang berfungsi merangsng empedu mengeluarkan getahnya.
4. Usus Halus
- Selepas makanan masuk kedalam lambung kemudian ia akan ke usus halus.- Usus halus memiliki panjang sekitar 6-8 meter.
-Usus halus terbagi menjadi 3 bahagian iaitu duodenum (± 25 cm), jejunum (± 2,5 m), serta ileum (± 3,6 m).
5. Usus besar
-Merupakan usus yang memiliki diameter lebih besar dari usus halus.-Memiliki panjang 1,5 meter, dan berbentuk seperti huruf U terbalik.
-Usus besar dibagi menjadi 3 bahagian, iaitu :
-Kolon asenden, Kolon Transversum, dan Kolon desenden.
Fungsi kolon adalah :
a. Menyerap air selama proses pencernaan.
b. Tempat terhasilnya vitamin K, dan vitamin H (Biotin) sebagai hasil simbiosis dengan bakteri usus, misalnya E.coli.
c. Membentuk massa feses
d. Mendorong sisa makanan hasil pencernaan (feses) keluar dari tubuh. Pengeluaran feses dari tubuh defekasi
Kesimpulan
-Terdapat beberapa organ dalam badan kita yang terlibat dalam proses pencernaan bagi memudahkan proses pencernaan itu berlaku dengan lancar.
-Segala yang terjadi ini sungguh tersusun dengan baik agar kita sentiasa berasa sihat dengan tubuh kita.
-Pengambilan makanan yang sihat merupakan asas yang penting bagi memastikan badan kita sentiasa bertenaga dan bebas dari sebarang penyakit